Nuffnang

Tuesday, March 13, 2012

Pembunuhan untuk hidup?

Pulau Mabul, Sabah
Susah untuk saya percaya kalau saya tidak melihat bukti bergambar. Saya tahu tentang perkara ini agak lama. Ketika itu, beberapa penyelam yang menyaksikan 'pembunuhan terancang' ini sebenarnya telah membuat 'bising' dengan beberapa pihak, yang berjanji untuk melakukan laporan penyiasatan dan mencari jawapan daripada pihak berwajib. Akhirnya, ia mati dalam senyap ... mati bagai sang jerung itu sendiri.
Anda mungkin tertanya, apa yang saya sedang mericau ni? Di pulau Mabul, jiran kepada pulau Sipadan di Sabah, adanya tempat jerung yang dibunuh  diproses. Berikut adalah petikan daripada e-mel saksi saya (diterjemah) ..."Saya jelas tidak tahu nama tempat ini .. hanya bahawa lokasinya adalah di Pulau Mabul dan ia di sebalik Home Stay. Rupa-rupanya, mereka membawa jerung beberapa kali seminggu .. kadang-kadang 20 - 40 ekor pada satu-satu masa. Bagaimanapun, mereka mengatakan bahawa ia ditangkap di perairan antarabangsa tetapi melihatkan bot-bot mereka atau layak dipanggil sampan ... secara logiknya, bot kecil macam tu mana la lepas nak ke laut dalam memancing kan? ".

Selamat Datang ke Cikgu Selam

Blog ini lahir atas dasar sokongan kawan-kawan. Pada asalnya saya menulis blog dalam bahasa Inggeris, namun olehkerana bercampur-campur topik, maka saya membuat keputusan untuk membuka blog yang khusus nya tertumpu kepada isu-isu atau pandangan mengenai alam sekitar, aktiviti dan keselamatan.

Saya mula menyelam skuba dari tahun 1997, yang mana ketika itu penyelam tempatan, apatah lagi penyelam berbangsa Melayu, dipandang dengan kehairanan. Kini aktiviti skuba telah popular dan segala kehairanan itu tiada lagi.

Apa yang bermula sebagai hobi, kini telah menjadi sebahagian daripada kerjaya saya. Saya kini adalah seorang jurulatih skuba. Di masa lapang, ilmu ini saya gunakan  untuk menyelam bagi mencari mangsa-mangsa lemas secara sukarela.